COIN
Malaysia Coins 1990 (Keluaran Khas & Terhad)
GENERAL INFORMATION
Country
Malaysia
Minted Date/Year
1990 CE
Coin Type
Circulation Coin
Punch / Orientation
↑↑ Medal
Head of State
Jaffar bin Hussein
Mint
Kilang Wang Bank Negara Malaysia
Coin Edge
Milled/Reeded - Vertical
Coin Shape
Round - Circular
IN COLLECTION CONDITION
Preliminary
Normal
Condition
In Folder / Coin Card
Malaysia Coins 1990 (Keluaran Khas & Terhad)
Syiling Malaysia 1990 (Siri Kedua) Keluaran Khas & Terhad (Coins of Malaysia 1990 (Second Series) Limited Special Edition)
Before standardisation of Ringgit Malaysia, the Ringgit was abbreviated as M$ while the sen as ¢.
This set were distribution in Bahasa Malaysia and English. The photos are for the Bahasa Malaysia set.
This set were distribution in Bahasa Malaysia and English. The photos are for the Bahasa Malaysia set.
DEPAN · SYILING MALAYSIA 1990
BANK NEGARA MALAYSIA
Ditubuhkah pada 26hb. Januari, 1959 yang ketika itu dikenali sebagai Bank Negara Tanah Melayu, Bank Negara Malaysia berfungsi sebagai bank pusat yang objektif utamanya adalah pengeluar matawang, penasihat kewangan kepada kerajaan, mewujudkan kestabilan struktur kewangan dan suasana kredit yang sihat.
Bank Negara Malaysia mengeluarkan matawang Malaysia pada 12hb. Jun, 1967. Keluaran pertama duit syiling Malaysia adalah terdiri daripada 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 10 sen.
Serentak dengan pengeluaran duit syiling tersebut, Bank Negara juga mengeluarkan wang kertas yang jenisnilainya terdiri daripada $1, $5, $10, $50 dan $100. Wang kertas untuk jenisnilai $1,000 dikeluarkan pada tahun 1968 sementara wang kertas untuk jenisnilai $20 dan $500 dikeluarkan pada tahun 1982.
Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan syiling rekabentuk baru bagi nilai 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen dan $1 pada 4hb. September, 1989. Pengeluaran duit syiling rekabentuk baru ini adalah bertepatan dengan waktunya memandangkan duit-duit syiling siri lama telah berada dalam edaran selama lebih dari 20 tahun. Rekabentuk bgi duit-duit syiling siri baru ini adalah lebih mirip kepada identiti Malaysia dengan menggambarkan artifak-artifak budaya di negara ini.
BELAKANG · KONSEP REKABENTUK & MOTIF
KERIS (1 RINGGIT)
Keris merupakan sejenis senjata tradisional Melayu yang melambangkan kekuasaan dan kekuatan. Ianya merupakan salah satu lambang utama dalam pentadbiran beraja di Malaysia. Dahulu ianya merupakan senjata, kini keris digunakan dalam istiadat tertentu dan ianya merupakan satu hasil karya seni. Rekabentuk latar belakang bermotifkan tenunan songket.
WAU (50 sen)
Wau merupakan satu permainan masa lapang yang popular semasa musim berangin terutama di kalangan penduduk pantai timur Semenanjung Malaysia. Ianya memerlukan kemahiran, ketangkasan dan pengalaman untuk membuat dan melayangkannya. Wau juga kadangkala menjadi alat perhiasan dinding rumah di Malaysia.
TEPAK SIRIH (20 sen)
Tepak sirih yang diukir cantik digunakan untuk menyimpan daun sirih serta rencah-rencahnya. Ia biasanya digunakan di upacara tertentu dan merupakan satu adat menyambut tetami di kalangan orang Melayu.
CONGKAK (10 sen)
Papan congkak digunakan untuk permainan tradisional masa lapang di rumah di perkampungan Melayu oleh kanak-kanak dengan menggunakan biji guli. Ianya diperbuat daripada kayu dan mempunyai beberapa lubang. Permainan ini mempunyai beberapa peraturan dan dimainkan oleh dua orang. Papan congkak biasanya diletakkan di atas tikar anyaman tradisional yang banyak terdapat di perkampungan Melayu.
GASING (5 sen)
Permainan Gasing merupakan satu sukan yang menghiburkan di kalangan penduduk pantai timur Semenanjung Malaysia. Ianya popular sewaktu musim padi masak dan dipercayai membawa hasil tuaian yang lumayan. Pertandingan gasing menarik perhatian ramai kerana masing-masing berusaha menewaskan antara satu sama lain.
REBANA UBI (1 sen)
Rebana Ubi adalah sejenis gendang berwarna-warni yang diperbuat daripada kulit tebal berlilitkan rotan di bahagian tepi dan kayu tebak di bahagian bawah. Ia biasanya dipalu secara berkumpulan lima orang di majlis-majlis perkahwinan. Paluan Rebana Ubi juga dilakukan bagi mengalu-alukan kedatangan tetamu.
REKABENTUK BAHAGIAN BELAKANG
Di bahagian belakang keenam-enam jenisnilai tersebut mempunyai rekabentuk yang sama dan menggambarkan bunga kebangsaan iaitu Bunga Raya terletak pada bahagian tengah atas duit-duit berkenaan dengan angka jenis nilai di bawahnya. Perkataan 'BANK NEGARA MALAYSIA' terdapat di sepanjang lilitan sebelah atas duit syiling tersebut manakala tahun yang menunjukkan duit syiling tersebut ditempa, terletak di bahagian bawahnya.
SPESIFIKASI
1 Ringgit
Kandungan : Cu: 84, Zn: 12, Sn: 4
Berat : 9.30 gm
Garis Pusat : 24.50 mm
Ketebalan : 2.60 mm
Tepi : 'Milled'
50 sen
Kandungan : Cu: 75, Ni: 25
Berat : 9.33 gm
Garis Pusat : 27.76 mm
Ketebalan : 2.18 mm
Tepi : Huruf Ukir
20 sen
Kandungan : Cu: 75, Ni: 25
Berat : 5.66 gm
Garis Pusat : 23.59 mm
Ketebalan : 1.75 mm
Tepi : 'Milled'
10 sen
Kandungan : Cu:75, Ni: 25
Berat : 2.82 gm
Garis Pusat : 19.40 mm
Ketebalan : 1.37 mm
Jenis Tebing : 'Milled'
5 sen
Kandungan : Cu: 75, Ni:25
Berat : 1.41 gm
Garis Pusat : 16.25 mm
Ketebalan : 1.04 mm
Tepi : 'Milled'
1 sen
Kandungan : Copper clad steel
Berat : 1.74 gm
Garis Pusat: 17.78 mm
Ketebalan : 1.26 mm
Tepi : Rata
Dikeluarkan oleh:
Kilang Wang Bank Negara Malaysia
OBVERSE • COINS OF MALAYSIA 1990
MALAYSIA
Malaysia covers an area of about 330,000 sq. km, with just over one-third of it in the Malay Peninsula (bordering with Southern Thailand) and the remainder in Sabah and Sarawak on the north-western coastal area of the Island of Borneo. It is in South-east Asia. The capital city is Kuala Lumpur. It is the business centre and seat of the Federal Government.
Modern history of Malaysia begins with the emergence of the Malay kingdom of Malacca in the 14th century. It dominated both sides of the Straits of Malacca and was the centre of trade and spices. It feel to the Portuguese in 1511, marking the beginning of colonisation by western powers. In 1641, Malacca was under the control of the Dutch and was later given to the British in exchange for Batavia. Later, the other states in the Malay Peninsula progressively became British Protectorates. The Federation of Malaya became independent in 1957. In 1963, together with Sabah, Sarawak and Singapore, Malaysia was formed. However, Singapore separated from Malaysia in 1965.
Malaysia has a population of about 17 million. It is multiracial, embracing diverse group of Malaysia and other indigenous peoples, Chinese, Indians and other minorities, such as Eurasians. Although Islam is the official religion, other religions are practised freely. Bahasa Malaysia is the national and official language, with English widely used in business.
Malaysia is a constitutional monarchy practising multi-party parliamentary democracy. It is a member of ASEAN and the Commonwealth.
The country is rich in natural resources and is a leading exporter of rubber, palm oil, timber and tin. Manufactures account for about one-half of total exports. Malaysia enjous a high standard of living with per capita income (US$2,000) among one of the highest in Asia.
REVERSE • DESIGNS, MOTIFS AND CONCEPTS
KERIS (1 RINGGIT)
The keris is a traditional Malay dagger, which embolises authority and power. It is included as one of the main items of Malaysia's Royal Regalia. Once considered a weapon, it now graces ceremonial occasions and is considered as work of art. The background design depicts a popular "songket" motive.
WAU (50 sen)
Kite (wau) flying is a popular form of Malaysian past time during the windy season especially in the East Coast. It requires much skill, dexterity and experience to make and to fly a kite. Kites are also decorative items, which sometimes grace the walls of Malaysian homes.
TEPAK SIRIH (20 sen)
Tepak sirih which is intricately carved, is used to store betel leaves and its accompanying condiments. They are used during auspicious occasions and is a sign of welcome amongst the Malays.
CONGKAK (10 sen)
The congkak board is used for traditional indoor games, played by children with marbles in the Malay villages. It is carved out of wood and consists of numerous variations of the rules, a congkak game is a popular past time. The congkak is placed on a traditional home-woven mat found in most Malay village homes.
GASING (5 sen)
Top (or gasing) spinning is an entertaining and competetive sport amongst the residents of the East Coast of Peninsula Malaysia. It is popular during the period when the rice crop is ripenin and is believed to bring a good harvest. Top spinning competitions are a fascinating crowd puller, with perfectly balanced tops trying to outlast each other.
REBANA UBI (1 sen)
The Rebana Ubi is a gaily painted single-headed drum made of thick leather secured by a rattan hoop, with thick wooden wedges at the base frame. These are often assembled in groups of five and played during wedding celebrations. The beating of the Rebana Ubi is a popular gesture for welcoming guests.
Total production and distribution, Unknown.
COMMENTS
NEW COMMENT
The following text must accompany any text or photo taken from this page and limited use for non-commercial purposes only.
Texts and Images were taken from and courtesy of Exonumi.com
URL: http://www.exonumi.com/publish-CN.1.133
|
![]() |